Wednesday, November 10, 2010

BUKU TEKS

Buku teks adalah perantara di antara pengarang-pengarang yang sebenarnya berperanan sebagai guru pertama yang mengajar pembacanya iaitu murid sekolah. Buku teks chemistry menulis 'you should able to......' ,'do you know', 'test yourself' dan lain-lain yang menunjukkan pengarang sedang berinteraksi dengan pembaca/murid sekolah.

Di mana peranan guru matapelajaran? Guru matapelajaran sebenarnya guru kedua yang bertindak membantu murid memahami apa yang hendak diajar oleh guru pertama atau bertindak membantu pengarang-pengarang mengajar pelajar-pelajar ketika mereka tidak hendak belajar.

Buku teks ditulis mengunakan bahasa ilmu, pelajar pula memproses/ mentaakul menggunakan bahasa diri (bahasa ini diguna dalam mimpi), pembelajaran menjadi sukar jika jurang bahasa ilmu dengan bahasa diri yang luas/lebar. Ketika ini guru/guru kedua bertindak memudahkan/menurunkan bahan pelajaran menggunakan bahasa yang lebih mudah yang hampir dengan bahasa diri pelajar. Pelajar mampu memahaminya tetapi mereka tidak mampu menulisnya semula kerana tulisan melibatkan bahasa ilmu.

Sebagai kesimpulannya pelajaran pertama/utama dalam membangunkan kemahiran membaca adalah bermaksud untuk membina bahasa ilmu dalam setiap diri pelajar. Kegagalan akan membuat pelajar tidak faham apa yang dibaca walaupun mereka memahaminya ketika penerangan/penjelasan guru tetapi akan bermasalah ketika revision kerana revision sebahagian besar melibatkan aktiviti membaca. Bloom dalam taksonominya meletakkan terminologi berada pada aras paling bawah kerana bahasa ilmu terbina dari gabungan terminologi dengan kosakata biasa yang terdapat dalam bahasa diri. 'Compound' dalam chemistry tidak sama maknanya dengan 'compound' dalam bahasa biasa.

Wednesday, April 21, 2010

Nurturing Scientific/ Learning Culture

State, Desribe, Explain
For any phenomena/ stimulus/ question
1. State what the knowledge to be applied/ used to test your memorisation
2. Describe the knowledge based on the stimulus given to test your understanding
3. Explain the phenomena using the knowledge identified.

Friday, March 12, 2010

Bantuan untuk mengingat

Stimulus: Tak boleh ingat

Respon: 1. Tidak berniat untuk mengingat
2. Tidak mengulang ingat mengikut masa yang sepatutnya (10m, 1hri, 1ming,
1bln,6bln,1thn, 2thn)
3. Tiada bahan tersedia untuk diingat (eg. flash card, selesaian sedia ada dll)
4. Tidak disusuli dengan output
5. Tidak menggunakan sebarang teknik selain mengulang berkali-kali
6. Mengingat dalam jumlah yang besar
7. Mengingat tanpa menstruktur/pola
8. Mengingat tanpa logik/faham
9. Mengingat dalam bahasa kedua (eg. English)
10. Mengingat secara terpisah/ tanpa menghubungkait dengan hal yang lain
11. Mengingat hanya untuk peperiksaan sahaja.

Hasil yang tidak seberapa

Stimulus: A tidak ramai D yang ramai

Respon: Aku sudah jangka keadaan ini, kerana hingga ke hari terakhir pelajar-pelajar ku tidak faham apa yang dibacanya. Mereka hanya menghafal sahaja skema yang diberi. Belajar secara input sedangkan peperiksaan meminta output. Mereka tidak mahu mencuba untuk memberikan output walaupun salah ketika sesi kelas atau ulangkaji dan itulah penangannya. Mereka berharap dengan adanya jawapan guru mereka rasa selamat untuk menjawab sedangkan mereka tidak mengertipun apakah ayat-ayat yang diberikan itu walaupun ianya seratus peratus ayat-ayat dari buku teks. Mereka tidak akan mampu menghafal ayat-ayat itu jika perkataan yang ada itu pun tidak difahami.

Thursday, March 4, 2010

Measurement and reading of measurement app.

Stimulus: Anak saya pun keliru dengan bilangan titik perpuluhan yang mesti ditulis bersesuaian dengan instrument yang diguna.

Respon saya: Ini terjadi kerana guru-guru yang mengajar tidak berpegang pada prinsip yang sama, malah ada yang tidak tahu apa-apa prinsip hanya ikut kata guru-guru mereka yang lalu. Akibatnya guru physics kata lain, guru chemistry kata lain, guru biology kata lain, guru matematik kata lain malah dalam subjek yang sama pun kata lain-lain. Penyelarasan perlu dibuat tetapi siapakah yang akan menyelaraskan ini. Pilihlah satu prinsip yang sama terutamanya bila membuat reading iaitu tentang titik perpuluhan itu. Prinsip asas yang ada mengatakan bahawa mata kasar kita boleh membaca sehingga separuh senggat yang terkecil dimana senggat terkecil itu adalah 1 mm. Oleh itu bagi kebanyakan buret (menyukat isipadu) menggunakan skala jarak 1 cm untuk 1 cm3 dan sekala terkecilnya 1mm untuk 0.1 cm3. Jika bacaan jatuh lebih kurang ditengah senggat terkecil itu maka ia diberikan nilai 0.05 cm3, oleh itu bacaan akan ditulis xx.x5, dengan demikian bacaan sifarnya perlu ditulis 0.00 menggunakan 2 titik perpuluhan. Sukatan isipadu cecair yang disukat itu ialah (xx.x5 -0.00) cm3.

Jika termometer dengan senggat terkecil 1mm kepada 2 degree celcius eg. 30 dengan 28 jika jatuh ditengah maka dibaca 29 tanpa titik perpuluhan kerana kita sudah tidak dapat membaca titik perpuluhan itu. Oleh itu adalah salah untuk menulis 30.0 celcius menggunakan termometer itu. Tetapi lain jadinya bila menggunakan termometer dengan senggat terkecil 1 mm untuk 1 degree, kerana bacaan boleh dibuat kepada 0.5 degree bila jatuh ditengah senggat dengan itu ia boleh dibaca 29.5 degree menggunakan 1 titik perpuluhan. Maka bacaan 30.0 degree dengan satu titik perpuluhan adalah betul. Jika mengukur perubahan suhu maka pengukuran suhu awal dan akhir diperlukan. Bacaan sifar telah dicalibrate oleh pengeluar.

Komen anda, bagaimana?

Friday, February 19, 2010

Urutan Tuan, Hamba dan Sahabat

Stimulus: Kata sahabat nabi lebih kurang bermaksud "didik anak itu sebagai tuan ketika dibawah 7 tahun (sebelum mumayyiz), sebagai hamba sebelum 14 (baligh) dan sebagai sahabat selepas itu".

Respon saya: Saya melihat ada tiga elemen utama yang hendak disampaikan oleh sahabat itu ia itu material, methodologi dan peringkat usia mengikut fokus/keutamaan.

Pada usia sebelum mumayyiz pendidikan bertujuan untuk membentuk sikap, memberikan makna pada nilai, landasan ketuhanan menggunakan methodologi yang bersifat lemah lembut, memujuk, menunjukkan role model dan sebagainya. Secara ilmiah ia dikatakan pendidikan pada domain afektif. Ini serasi dengan prinsip pendidikan nilai/value yang tidak dapat dibentuk melalui kekerasan dan ketakutan. Jika terbentukpun sebenarnya ia adalah kepura-puraan melainkan ada faktor luar biasa ia itu hidayah tuhan. Nilai akan membina sikap dan membuat anak itu mampu untuk menerima pendidikan seterusnya. Pendidikan nilai adalah merupakan asas atau permulaan kepada pendidikan. Pendidikan nilai dilihat tidak berkesan selepas usia ini kerana tumpuan yang terpaksa diberikan pada bidang yang lain. Walaupun begitu pendidikan nilai tidak semestinya tamat ketika usia ini. Tahniah kepada ibubapa yang telah berjaya memikul tanggung jawab ini. Pada anak-anak yang tidak memiliki keperluan ini jadikan ini titik kesedaran untuk mendidik diri sendiri megikut landasan yang betul dan seterusnya mendidik anak-anak sendiri suatu hari nanti. Kegawatan hidup menyebabkan ibubapa terpaksa menghantar anak-anak ke tadika/ tabika/ kindergarten/ pasti dan lain-lain lagi. Syukurlah kalau pusat-pusat tadi tahu dan sedar kepentingan ini dan bersedia mengambil alih tugas besar dan murni ini.

Pada peringkat kedua iaitu selepas mumayyiz dan sebelum baligh, merupa tempoh masa yang lebih mencabar dengan segala macam dugaan dan godaan baik rakan sebaya terutama yang tidak memiliki nilai-nilai asas atau environment yang brutal atau kehendak-kehendak dalaman yang menghancurkan dan akhirnya peringkat ini terabai begitu sahaja. Anak-anak mungkin menolak pendidikan peringkat ini jika berlaku kegagalan pada peringkat pertama. Pendidikan pada peringkat ini menerusi 'Learning by doing', sebagaimana kerja seorang hamba. Material yang difokuskan disini adalah kemahiran samaada kemahiran itu bersifat kognitif, afektif atau psikomotor. Oleh kerana ia adalah kemahiran maka untuk menguasainya tidak ada sebarang cara hanyalah dengan melakukannya berulang-kali. Alam sekitar banyak memberikan bahan untuk melatih kemahiran ini. Pokok, haiwan, fenomena alam dan lain-lain lagi untuk melatih observing, inferring, questioning dan lain-lain untuk kemahiran kognitif manakala pasir, batu, pokok untuk kemahiran psikomotor, manakala haiwan liar dan jinak, manusia dan segala macam hidupan untuk kemahiran afektif yang melibatkan komunikasi dan perasaan. Waktu ini anak-anak dibawa ke sekolah untuk mendapat pendidikan formal. Adakah anda yakin di sekolah semua ini dilayan dengan baik? Masih banyak pelajar yang tamat peringkat ini tidak faham apa yang dibaca (artikel sebelum). Bagaimana mereka diajar membaca? Adakah sekadar boleh menyebut secara fonetik setiap ayat atau paragraf itu didefinasikan boleh membaca?

Peringkat ketiga pula memberikan tumpuan pada pengetahuan, peringkat pelajar/anak-anak mula memberikan sumbangan. Output Learning sepatutnya bermula. Sebagai sahabat kita saling bantu membantu, berfikir sendiri dan kemudian bertukar-tukar fikiran ke atas sebarang material. Kemahiran dan nilai yang terbentuk sebelumnya akan membolehkan individu itu mempunyai idea dan berani untuk mengemuka kepada guru atau rakan sebayanya kerana semua orang pada masa ini adalah sahabat-sahabat yang mencari keredhaanNya didunia ini. Adakah ini berlaku sekarang ini. Sebagai guru disekolah saya merasa sangat sukar untuk mengendalikan sesi perbincangan. Selalunya perbincangan seorang diri bersama dengan patong-patong yang bernyawa. Kenapa jadi begini? Bagaimana mengubahnya?
Akan majukah generasi kita nanti?


Sila komen untuk kebaikan bersama.

Thursday, February 18, 2010

Guru itu profesional

Stimulus: Guru itu profesional dan kuli serentak.

Respon saya: Guru itu satu profesion di mana ia memerlukan pelajaran dan latihan khas untuk menjadi pengamalnya. Guru perlu melalui latihan khas sekurang-kurangnya setahun untuk dianugerahkan lesen profesion keguruan. Sewaktu latihan itu segala macam konsep, prinsip, hukum, teori, konvensyen, termasuk etika dan prosedur tetap diajar dan dilatih. Semua itu kemudian perlu diadun untuk membentuk pedagogi yang terbaik dengan mengambil kira segala aspek seperti ilmu sedia ada, latar belakang pelajar, kemudahan prasarana, penilaian dan latihan pengukuhan berserta dengan kehendak stake holder dan pelanggan. Akhirnya seorang pelatih itu menjawat jawatan guru lalu dipanggil cikgu (saya agak berasal dari Encik Guru).

Di sekolah/site mulalah kerja profesional ini. Guru mengadun knowledge, skill dan value sebagai materialnya mengikut prosedur terbaik yang pernah teruji melalui pelbagai pendekatan samada 'behaviorism yang lapuk' atau 'konstruktivism yang memerlukan banyak penglibatan pelajar yang rata-rata tidak mahu mengambil bahagian', prinsip-prinsip asas seperti dari konkrit kepada abstrak, dari mudah ke sukar, dari tahu ke belum tahu, dari faham ke belum faham bersama dengan latihan dan penilaian di dalam kelas dan yang terakhir untuk hari itu kerja rumah yang bertujuan untuk menampung kekurangan-kekurangan yang berlaku semasa aktiviti P&P itu. Ada masanya guru perlu membuat ulangkaji untuk pelajar kerana pelajar tidak tahu/mahu untuk mengulangkaji.

Seorang arkitek hanya menyediakan suatu conceptual design dengan menentukan keluasan ruang, susunan ruang, ventilation, pencahayaan dan beberapa perkara asas yang lain dan kemudian diambil alih oleh jurutera untuk menentukan rekabentuk struktur, saiz tetulang, pendawaian elektrik dan lain-lain lalu diserahkan kepada pelukis pelan untuk melengkapkan kerja perancangan ini. Kemudian kontraktor binaan yang akan mengambil alih kerja untuk mencari tukang-tukang kayu, simen, pendawaian elektrik, paip, jubin, cat dan kuli-kuli yang menyodok batu dan pasir, membancuh cat, membancuh mortar dan lain-lain untuk menyudahkan sebuah binaan baik masjid, sekolah, banglo atau bus-stop. Kerja menjadi lebih mudah kerana terdapat pelan-pelan ready-made untuk meringkaskan proses dan kos kerja.

Seorang guru dalam pedagoginya membuat semua perkara tadi samada profesional, mahir atau tidak mahir dan guru tidak boleh menggunakan pelan ready made kerana ia melibatkan manusia yang tidak serupa. Sepatutnya setiap pelajar perlu diajar menggunakan pedagogi yang berbeza tetapi bayangkan bagaimana untuk dilaksanakan serentak untuk 30 pelajar dalam suatu kelas pada setiap masa? Oleh kerana itu selalunya guru merancang dan melaksanakan berdasarkan kepada tiga kumpulan yang berbeza samada mengikut gaya belajar visual, audio dan kinestetik atau mengikut pencapaian rendah, sederhana, tinggi. Kecekapan seorang guru dinilai kepada kebolehan mengadun semua itu didalam pedagoginya.

Kata seorang penoreh getah dari Kg Pek, Macang, Kelantan yang sangat misteri sebagai pembuka bicara dengan saya "...dalam pendidikan, pedagogi itu jauh lebih penting dari isi pelajaran...jika pedagogi betul isi yang sedikit itu akan berkembang tetapi jika silap pedagogi isi yang banyak pun akan jadi debu sahaja...". Sekian

Respon anda?

Wednesday, February 17, 2010

Baca tak faham

Stimulus: Ramai pelajar pada hari ini tak faham apa yang dibaca walaupun bahan itu pada aras usia mereka.



Respons saya: Mereka didapati mampu memahami bahan bacaan umum seperti sukan, kemalangan jalan raya walaupun dalam bahasa inggeris tetapi menggunakan prosedur yang sama jika diberikan bahan yang bersifat ilmiah mereka tidak mampu menerangkan semula untuk menggambarkan kefahaman atau ingatan mereka walau dalam jangka pendek. Masalah sebenarnya bukan pada ingatan tetapi pada kefahaman. Ini terbukti jika diminta mencatat bahan ketika membaca tadi, kadang-kadang ada pelajar yang tidak tahu apa yang hendak dicatat. Kenapa jadi begini?

Dalam kajian mudah yang saya jalankan jika terdapat lebih dari 30% perkataan biasa (bukan istilah) dari sesuatu ayat tidak difahami maksud perkataan-perkataan itu maka ayat itu tidak akan memberikan makna atau maklumat seperti sebahagian besar pembaca memahaminya. Walaupun ada kes pelajar yang memahami setiap perkataan dalam ayat-ayat itu, memberikan respon yang berbeza dari kebanyakan pembaca kerana masalah pengalaman sempit untuk menterjemahkan sesuatu frasa. 'Keropok ikan kering' mungkin memberikan beberapa pengertian seperti 'keropok ikan yang kering' atau 'keropok yang diperbuat dari ikan kering'. Mereka yang berpengalaman akan melihat pilihan pertama kerana pada lazimnya belum ada keropok yang dibuat dari ikan kering tapi mungkin ini akan jadi kenyataan suatu hari lagi.

Kajian mudah saya menunjukkan jika hanya satu perkataan yang merupakan istilah (selalunya mewakili sesuatu konsep) tidak difahami maka ayat itu tidak akan difahami atau membawa salah faham. Seterusnya akan menyebabkan ayat berikut juga tidak difahami dan akhirnya paragraf itu tidak akan difahami. Sukatan pelajaran disusun sedemikian rupa supaya konsep yang asas akan diawalkan dan kemudian ditambah konsep bau sedikit demi sedikit. Malangnya jika konsep asas ini tidak difahami maka konsep-konsep baru yang merupakan terbitan atau tambahan kepada yang lama juga tidak difahami dan diakumulasikan sepanjang masa.

Satu cadangan awal untuk diperbahaskan, kurikulum peringkat asas perlu diperkasakan dengan masa yang mencukupi diberikan. Pendidikan bukan untuk tujuan peperiksaan. Setiap pendidik termasuk penggubal kurikulum memahami tentang struktur pengetahuan sekurang-kurangnya mengikut pengelasan Bloom. Lebih baik lagi jika ditambah komponen-komponen mengikut Davies dan Green (untuk Sciences; Physics, Chemistry, Biology). Bila disebut sahaja tentang sesuatu konsep (eg. microorganism) maka pelajar terus terbayang secara konkrit bukan abstrak contoh-contohnya atau subkonsepnya (eg. fungi, bacteria, virus, protozoa) yang mempunyai contoh sebenar (eg. coccus, salmonella, H5N1, euglena etc ), ciri-cirinya (termasuk defining charactersticnya), definasinya (conceptual dan operational), kegunaan umum dan spesifiknya (termasuklah kebaikan dan keburukannya) dan batasan-batasan kepada definasi tadi. Suatu contoh kepada 'bukan-contoh' juga diperlukan untuk menguatkan sesuatu konsep misalnya 'bangku' adalah suatu bukan-contoh kepada konsep 'kerusi'. Kajian ke atas bangku akan mengukuhkan konsep kerusi. Benda yang sebenar lebih membawa erti berbanding gambar, video, ilustrasi, 3d atau 2d diagram atau 'bayangan minda guru' kepada pelajarnya.

Konsep-konsep asas ini bersama-sama dengan perkataan-perkataan umum (sebenarnya suatu konsep juga) akan digabungkan untuk membina pernyataan-pernyataan yang membentuk suatu fakta, menerangkan konsep baru, membentuk prinsip, hukum, rule, teorem dan yang setara dengannya, teori dan lain-lain lagi. Saya yakin jika setiap perkataan/ istilah difahami secara konkrit masalah tidak faham apa yang dibaca dapat diatasi. Kerja guru boleh terus kepada aplikasi kognitif atau aplikasi kognitif aras tinggi seperti analisis, evaluasi atau sintisis. Kita mungkin menerajui dunia.

Pandangan anda?

Saturday, February 13, 2010

Pendidikan Sains Yang Asal

Stimulus: Pelajar Hari Ini Tidak Lagi Bertanya

Pendapat Saya: Kerana Education for the examination. Guru-guru tidak lagi menggunakan pedagogi yang sepatutnya untuk mengajar sains. Sewaktu saya mula jadi guru dulu (27 thn yang lalu) saya baca segala macam jampi/ serapah/ doa supaya pelajar tidak bertanya atau kalau ditanya saya ada jawapannya. Apa yang berlaku adalah pilihan kedua. Ada saja soalan dan saya pula ada jawapannya. Terima kasih kepada guru-guruku sebahagiannya sukarelawan Peace Corp kerana mengajarku dengan betul. Hari ini pelajar tidak lagi bertanya malah kalau cikgu tanya pun mereka sukar untuk menjawab. Mentaliti yang ada adalah untuk menyalin jawapan yang diharapkan sama dengan skema jawapan kepada soalan peperiksaan nanti. Pelajar-pelajar ini tidak kenal prinsip yang tersembunyi yang merupakan ilmu terpenting dalam pelajaran sains.
Dulu saya melihat guru-guru saya mengajar dengan memberikan suatu stimulus dan pelajar mengcunkil segala macam ilmu samada fakta, konsep, prinsip atau yang setara dengannya atau gabungan-gabungannya yang membina teori atau menjelaskan suatu fenomena atau proses atau suatu fakta kepada convention, urutan, kategori dan lain-lain lagi. Kemudian kita diminta untuk menyelesaikan suatu masalah menggunakan dapatan itu. Hari ini semua itu dibekalkan kepada pelajar demi untuk memendekkan masa belajar agar latih tubi peperiksaan dapat diadakan sebanyak mungkin. Akhirnya pelajar mampu mendapat A yang banyak kerana semua soalan yang keluar exam adalah soalan latihan yang mereka telah hafal jawapannya. Berkualitikan pelajar ini?

Soalan penilaian untuk umum

Senaraikan prinsip-prinsip (tulis pernyataannya jika prinsip itu tidak bernama) yang digunakan untuk menerangkan Global Warming.

Silakan........