Friday, March 12, 2010

Bantuan untuk mengingat

Stimulus: Tak boleh ingat

Respon: 1. Tidak berniat untuk mengingat
2. Tidak mengulang ingat mengikut masa yang sepatutnya (10m, 1hri, 1ming,
1bln,6bln,1thn, 2thn)
3. Tiada bahan tersedia untuk diingat (eg. flash card, selesaian sedia ada dll)
4. Tidak disusuli dengan output
5. Tidak menggunakan sebarang teknik selain mengulang berkali-kali
6. Mengingat dalam jumlah yang besar
7. Mengingat tanpa menstruktur/pola
8. Mengingat tanpa logik/faham
9. Mengingat dalam bahasa kedua (eg. English)
10. Mengingat secara terpisah/ tanpa menghubungkait dengan hal yang lain
11. Mengingat hanya untuk peperiksaan sahaja.

Hasil yang tidak seberapa

Stimulus: A tidak ramai D yang ramai

Respon: Aku sudah jangka keadaan ini, kerana hingga ke hari terakhir pelajar-pelajar ku tidak faham apa yang dibacanya. Mereka hanya menghafal sahaja skema yang diberi. Belajar secara input sedangkan peperiksaan meminta output. Mereka tidak mahu mencuba untuk memberikan output walaupun salah ketika sesi kelas atau ulangkaji dan itulah penangannya. Mereka berharap dengan adanya jawapan guru mereka rasa selamat untuk menjawab sedangkan mereka tidak mengertipun apakah ayat-ayat yang diberikan itu walaupun ianya seratus peratus ayat-ayat dari buku teks. Mereka tidak akan mampu menghafal ayat-ayat itu jika perkataan yang ada itu pun tidak difahami.

Thursday, March 4, 2010

Measurement and reading of measurement app.

Stimulus: Anak saya pun keliru dengan bilangan titik perpuluhan yang mesti ditulis bersesuaian dengan instrument yang diguna.

Respon saya: Ini terjadi kerana guru-guru yang mengajar tidak berpegang pada prinsip yang sama, malah ada yang tidak tahu apa-apa prinsip hanya ikut kata guru-guru mereka yang lalu. Akibatnya guru physics kata lain, guru chemistry kata lain, guru biology kata lain, guru matematik kata lain malah dalam subjek yang sama pun kata lain-lain. Penyelarasan perlu dibuat tetapi siapakah yang akan menyelaraskan ini. Pilihlah satu prinsip yang sama terutamanya bila membuat reading iaitu tentang titik perpuluhan itu. Prinsip asas yang ada mengatakan bahawa mata kasar kita boleh membaca sehingga separuh senggat yang terkecil dimana senggat terkecil itu adalah 1 mm. Oleh itu bagi kebanyakan buret (menyukat isipadu) menggunakan skala jarak 1 cm untuk 1 cm3 dan sekala terkecilnya 1mm untuk 0.1 cm3. Jika bacaan jatuh lebih kurang ditengah senggat terkecil itu maka ia diberikan nilai 0.05 cm3, oleh itu bacaan akan ditulis xx.x5, dengan demikian bacaan sifarnya perlu ditulis 0.00 menggunakan 2 titik perpuluhan. Sukatan isipadu cecair yang disukat itu ialah (xx.x5 -0.00) cm3.

Jika termometer dengan senggat terkecil 1mm kepada 2 degree celcius eg. 30 dengan 28 jika jatuh ditengah maka dibaca 29 tanpa titik perpuluhan kerana kita sudah tidak dapat membaca titik perpuluhan itu. Oleh itu adalah salah untuk menulis 30.0 celcius menggunakan termometer itu. Tetapi lain jadinya bila menggunakan termometer dengan senggat terkecil 1 mm untuk 1 degree, kerana bacaan boleh dibuat kepada 0.5 degree bila jatuh ditengah senggat dengan itu ia boleh dibaca 29.5 degree menggunakan 1 titik perpuluhan. Maka bacaan 30.0 degree dengan satu titik perpuluhan adalah betul. Jika mengukur perubahan suhu maka pengukuran suhu awal dan akhir diperlukan. Bacaan sifar telah dicalibrate oleh pengeluar.

Komen anda, bagaimana?