Wednesday, November 10, 2010

BUKU TEKS

Buku teks adalah perantara di antara pengarang-pengarang yang sebenarnya berperanan sebagai guru pertama yang mengajar pembacanya iaitu murid sekolah. Buku teks chemistry menulis 'you should able to......' ,'do you know', 'test yourself' dan lain-lain yang menunjukkan pengarang sedang berinteraksi dengan pembaca/murid sekolah.

Di mana peranan guru matapelajaran? Guru matapelajaran sebenarnya guru kedua yang bertindak membantu murid memahami apa yang hendak diajar oleh guru pertama atau bertindak membantu pengarang-pengarang mengajar pelajar-pelajar ketika mereka tidak hendak belajar.

Buku teks ditulis mengunakan bahasa ilmu, pelajar pula memproses/ mentaakul menggunakan bahasa diri (bahasa ini diguna dalam mimpi), pembelajaran menjadi sukar jika jurang bahasa ilmu dengan bahasa diri yang luas/lebar. Ketika ini guru/guru kedua bertindak memudahkan/menurunkan bahan pelajaran menggunakan bahasa yang lebih mudah yang hampir dengan bahasa diri pelajar. Pelajar mampu memahaminya tetapi mereka tidak mampu menulisnya semula kerana tulisan melibatkan bahasa ilmu.

Sebagai kesimpulannya pelajaran pertama/utama dalam membangunkan kemahiran membaca adalah bermaksud untuk membina bahasa ilmu dalam setiap diri pelajar. Kegagalan akan membuat pelajar tidak faham apa yang dibaca walaupun mereka memahaminya ketika penerangan/penjelasan guru tetapi akan bermasalah ketika revision kerana revision sebahagian besar melibatkan aktiviti membaca. Bloom dalam taksonominya meletakkan terminologi berada pada aras paling bawah kerana bahasa ilmu terbina dari gabungan terminologi dengan kosakata biasa yang terdapat dalam bahasa diri. 'Compound' dalam chemistry tidak sama maknanya dengan 'compound' dalam bahasa biasa.