Wednesday, March 23, 2011

Fotosintisis di sekolah

Di sekolah, kita memberikan sahaja segala macam fakta yang tersusun dan lengkap tentang proses fotosintisis dan soalan peperiksaan pun bertanya tentang fakta-fakta itu. Mereka yang mampu mengingat akan mendapat A dan yang tidak akan gagal. Kecekapan/kegigihan guru menyuap akan menentukan kejayaan ini.

Sesuatu yang sangat penting tertinggal di sini, ini dapat diperhatikan bahawa pelajar tidak lagi mampu menerangkan elektrolisis, hidrolisis dan sis-sis yang lain jika tidak diberikan fakta-fakta itu secara tersusun. Saya melihat sendiri pelajar perubatan tidak boleh menerangkan oesteophorosis apatah lagi bila ditambah kekangan seperti oesteophorosis yang berlaku pada usia remaja. Apa yang tertinggal dalam fotosintisis tadi.... metacognitive knowledge>knowledge of knowledge>structure of knowledge>process/phenomena

Semasa diajar tentang fotosintisis sepatutnya pelajar telah didedahkan tentang kerangka sesuatu ilmu dari kategori proses atau phenomena bersama-sama dengan elemen-elemennya (Rujuk "Reading for Learning" Davies & Green, School Council, UK). Jadi dengan itu pelajar akan dapat menentukan fakta-fakta yang bersesuaian untuk elektrolisis atau oesteophorosis atau 'cis-sis' yang lain di bawah kategori process atau phenomena. Bila diberikan gangguan kepada mekanisma prosess tadi saya yakin pelajar mampu menjelaskan (explain) dan seterusnya membuat solution kepada sebarang masalah yang berkaitan.

Berikan komen anda.

Thursday, March 10, 2011

YANG BERKEMBANG DAN TIDAK BERKEMBANG

Saya adalah dari generasi sebelum X, belajar Quran secara membaca (sebut) mengikut guru atau senior yang bertindak sebagai guru dengan naskah quran didepan diletak di atas rehal. guru akan menyebut bunyi patah perkataan dengan menunjuk pada huruf-huruf yang membunyikan patah perkataan itu menggunakan penunjuk rotan dihadapan saya dan saya mengikut sebutan itu dengan mengikut gerak penunjuk rotan itu menggunakan penunjuk yang dibuat dari lidi kelapa. Akhirnya saya "mengenal" selepas juzuk ke empat atau kelima, tetapi ada kawan yang tidak kenal-kenal selepas lima belas juzuk lalu tamat di situ. Saya tidak tahu tajwid tetapi dapat menyebut dengan betul dengan cara meniru sebutan guru. Kemudian mengikuti kelas "berbalik" setelah khatam kali pertama dan usia pun sudah meningkat.

Untungnya generasi selepas saya ada berbagai sistem IQRA', QIRAATI dan lain-lain. Melalui sistem ini mereka kenal huruf, sebutan, tajwid, tarannum secara serentak malah-malah beribu-ribu kanak-kanak khatam quran sebelum 7 tahun. Itu yang berkembang

Saya belajar di sekolah rendah kemudian ke sekolah asrama penuh, matrikulasi dan ke universiti dan akhirnya bekerja sebagai guru. Saya melihat pendidikan kita tidak berkembang malah menguncup pada produknya. Dulu saya dan kawan-kawan memahami malah boleh belajar dengan membaca tetapi hari ini murid-murid saya tidak memahami apa yang dibaca dari buku-buku akademik, mereka tidak kenal yang mana fakta, konsep atau prosedur malah terkial-kial untuk menentukan ilmu yang hendak digunakan bagi menerangkan sesuatu phenomena. Mereka tidak berupaya menentukan skop jawapan bagi sesuatu soalan, tanpa bantu guru mereka mungkin memilih konsep/ prinsip/ teori/ rule/ teorem yang salah untuk menyelesaikan masalah.

Bahagian ini perlu diperkembangkan demi kebaikan generasi akan datang termasuk generasi z dihari ini. Oleh itu metacognitive knowledge perlu di masukkan bersama dengan knowledge yang lain ketika P&P. Tanpa metacognitive knowledge, ilmu-ilmu yang lain tidak dapat dimanfaat sepenuhnya oleh pelajar. Saya pernah bercakap dengan pensyarah-pensyarah di intitusi pendidikan guru supaya mengembangkan bahagian ini dalam sistem pendidikan guru.
IQRAR dan QIRAATI boleh dibangunkan inikan pula setakat empat knowledge dimension (Bloom's Revised Taxonomy)

Dipersilakan untuk memberi komen

Wednesday, November 10, 2010

BUKU TEKS

Buku teks adalah perantara di antara pengarang-pengarang yang sebenarnya berperanan sebagai guru pertama yang mengajar pembacanya iaitu murid sekolah. Buku teks chemistry menulis 'you should able to......' ,'do you know', 'test yourself' dan lain-lain yang menunjukkan pengarang sedang berinteraksi dengan pembaca/murid sekolah.

Di mana peranan guru matapelajaran? Guru matapelajaran sebenarnya guru kedua yang bertindak membantu murid memahami apa yang hendak diajar oleh guru pertama atau bertindak membantu pengarang-pengarang mengajar pelajar-pelajar ketika mereka tidak hendak belajar.

Buku teks ditulis mengunakan bahasa ilmu, pelajar pula memproses/ mentaakul menggunakan bahasa diri (bahasa ini diguna dalam mimpi), pembelajaran menjadi sukar jika jurang bahasa ilmu dengan bahasa diri yang luas/lebar. Ketika ini guru/guru kedua bertindak memudahkan/menurunkan bahan pelajaran menggunakan bahasa yang lebih mudah yang hampir dengan bahasa diri pelajar. Pelajar mampu memahaminya tetapi mereka tidak mampu menulisnya semula kerana tulisan melibatkan bahasa ilmu.

Sebagai kesimpulannya pelajaran pertama/utama dalam membangunkan kemahiran membaca adalah bermaksud untuk membina bahasa ilmu dalam setiap diri pelajar. Kegagalan akan membuat pelajar tidak faham apa yang dibaca walaupun mereka memahaminya ketika penerangan/penjelasan guru tetapi akan bermasalah ketika revision kerana revision sebahagian besar melibatkan aktiviti membaca. Bloom dalam taksonominya meletakkan terminologi berada pada aras paling bawah kerana bahasa ilmu terbina dari gabungan terminologi dengan kosakata biasa yang terdapat dalam bahasa diri. 'Compound' dalam chemistry tidak sama maknanya dengan 'compound' dalam bahasa biasa.

Wednesday, April 21, 2010

Nurturing Scientific/ Learning Culture

State, Desribe, Explain
For any phenomena/ stimulus/ question
1. State what the knowledge to be applied/ used to test your memorisation
2. Describe the knowledge based on the stimulus given to test your understanding
3. Explain the phenomena using the knowledge identified.

Friday, March 12, 2010

Bantuan untuk mengingat

Stimulus: Tak boleh ingat

Respon: 1. Tidak berniat untuk mengingat
2. Tidak mengulang ingat mengikut masa yang sepatutnya (10m, 1hri, 1ming,
1bln,6bln,1thn, 2thn)
3. Tiada bahan tersedia untuk diingat (eg. flash card, selesaian sedia ada dll)
4. Tidak disusuli dengan output
5. Tidak menggunakan sebarang teknik selain mengulang berkali-kali
6. Mengingat dalam jumlah yang besar
7. Mengingat tanpa menstruktur/pola
8. Mengingat tanpa logik/faham
9. Mengingat dalam bahasa kedua (eg. English)
10. Mengingat secara terpisah/ tanpa menghubungkait dengan hal yang lain
11. Mengingat hanya untuk peperiksaan sahaja.

Hasil yang tidak seberapa

Stimulus: A tidak ramai D yang ramai

Respon: Aku sudah jangka keadaan ini, kerana hingga ke hari terakhir pelajar-pelajar ku tidak faham apa yang dibacanya. Mereka hanya menghafal sahaja skema yang diberi. Belajar secara input sedangkan peperiksaan meminta output. Mereka tidak mahu mencuba untuk memberikan output walaupun salah ketika sesi kelas atau ulangkaji dan itulah penangannya. Mereka berharap dengan adanya jawapan guru mereka rasa selamat untuk menjawab sedangkan mereka tidak mengertipun apakah ayat-ayat yang diberikan itu walaupun ianya seratus peratus ayat-ayat dari buku teks. Mereka tidak akan mampu menghafal ayat-ayat itu jika perkataan yang ada itu pun tidak difahami.

Thursday, March 4, 2010

Measurement and reading of measurement app.

Stimulus: Anak saya pun keliru dengan bilangan titik perpuluhan yang mesti ditulis bersesuaian dengan instrument yang diguna.

Respon saya: Ini terjadi kerana guru-guru yang mengajar tidak berpegang pada prinsip yang sama, malah ada yang tidak tahu apa-apa prinsip hanya ikut kata guru-guru mereka yang lalu. Akibatnya guru physics kata lain, guru chemistry kata lain, guru biology kata lain, guru matematik kata lain malah dalam subjek yang sama pun kata lain-lain. Penyelarasan perlu dibuat tetapi siapakah yang akan menyelaraskan ini. Pilihlah satu prinsip yang sama terutamanya bila membuat reading iaitu tentang titik perpuluhan itu. Prinsip asas yang ada mengatakan bahawa mata kasar kita boleh membaca sehingga separuh senggat yang terkecil dimana senggat terkecil itu adalah 1 mm. Oleh itu bagi kebanyakan buret (menyukat isipadu) menggunakan skala jarak 1 cm untuk 1 cm3 dan sekala terkecilnya 1mm untuk 0.1 cm3. Jika bacaan jatuh lebih kurang ditengah senggat terkecil itu maka ia diberikan nilai 0.05 cm3, oleh itu bacaan akan ditulis xx.x5, dengan demikian bacaan sifarnya perlu ditulis 0.00 menggunakan 2 titik perpuluhan. Sukatan isipadu cecair yang disukat itu ialah (xx.x5 -0.00) cm3.

Jika termometer dengan senggat terkecil 1mm kepada 2 degree celcius eg. 30 dengan 28 jika jatuh ditengah maka dibaca 29 tanpa titik perpuluhan kerana kita sudah tidak dapat membaca titik perpuluhan itu. Oleh itu adalah salah untuk menulis 30.0 celcius menggunakan termometer itu. Tetapi lain jadinya bila menggunakan termometer dengan senggat terkecil 1 mm untuk 1 degree, kerana bacaan boleh dibuat kepada 0.5 degree bila jatuh ditengah senggat dengan itu ia boleh dibaca 29.5 degree menggunakan 1 titik perpuluhan. Maka bacaan 30.0 degree dengan satu titik perpuluhan adalah betul. Jika mengukur perubahan suhu maka pengukuran suhu awal dan akhir diperlukan. Bacaan sifar telah dicalibrate oleh pengeluar.

Komen anda, bagaimana?