Stimulus: Ramai pelajar pada hari ini tak faham apa yang dibaca walaupun bahan itu pada aras usia mereka.
Respons saya: Mereka didapati mampu memahami bahan bacaan umum seperti sukan, kemalangan jalan raya walaupun dalam bahasa inggeris tetapi menggunakan prosedur yang sama jika diberikan bahan yang bersifat ilmiah mereka tidak mampu menerangkan semula untuk menggambarkan kefahaman atau ingatan mereka walau dalam jangka pendek. Masalah sebenarnya bukan pada ingatan tetapi pada kefahaman. Ini terbukti jika diminta mencatat bahan ketika membaca tadi, kadang-kadang ada pelajar yang tidak tahu apa yang hendak dicatat. Kenapa jadi begini?
Dalam kajian mudah yang saya jalankan jika terdapat lebih dari 30% perkataan biasa (bukan istilah) dari sesuatu ayat tidak difahami maksud perkataan-perkataan itu maka ayat itu tidak akan memberikan makna atau maklumat seperti sebahagian besar pembaca memahaminya. Walaupun ada kes pelajar yang memahami setiap perkataan dalam ayat-ayat itu, memberikan respon yang berbeza dari kebanyakan pembaca kerana masalah pengalaman sempit untuk menterjemahkan sesuatu frasa. 'Keropok ikan kering' mungkin memberikan beberapa pengertian seperti 'keropok ikan yang kering' atau 'keropok yang diperbuat dari ikan kering'. Mereka yang berpengalaman akan melihat pilihan pertama kerana pada lazimnya belum ada keropok yang dibuat dari ikan kering tapi mungkin ini akan jadi kenyataan suatu hari lagi.
Kajian mudah saya menunjukkan jika hanya satu perkataan yang merupakan istilah (selalunya mewakili sesuatu konsep) tidak difahami maka ayat itu tidak akan difahami atau membawa salah faham. Seterusnya akan menyebabkan ayat berikut juga tidak difahami dan akhirnya paragraf itu tidak akan difahami. Sukatan pelajaran disusun sedemikian rupa supaya konsep yang asas akan diawalkan dan kemudian ditambah konsep bau sedikit demi sedikit. Malangnya jika konsep asas ini tidak difahami maka konsep-konsep baru yang merupakan terbitan atau tambahan kepada yang lama juga tidak difahami dan diakumulasikan sepanjang masa.
Satu cadangan awal untuk diperbahaskan, kurikulum peringkat asas perlu diperkasakan dengan masa yang mencukupi diberikan. Pendidikan bukan untuk tujuan peperiksaan. Setiap pendidik termasuk penggubal kurikulum memahami tentang struktur pengetahuan sekurang-kurangnya mengikut pengelasan Bloom. Lebih baik lagi jika ditambah komponen-komponen mengikut Davies dan Green (untuk Sciences; Physics, Chemistry, Biology). Bila disebut sahaja tentang sesuatu konsep (eg. microorganism) maka pelajar terus terbayang secara konkrit bukan abstrak contoh-contohnya atau subkonsepnya (eg. fungi, bacteria, virus, protozoa) yang mempunyai contoh sebenar (eg. coccus, salmonella, H5N1, euglena etc ), ciri-cirinya (termasuk defining charactersticnya), definasinya (conceptual dan operational), kegunaan umum dan spesifiknya (termasuklah kebaikan dan keburukannya) dan batasan-batasan kepada definasi tadi. Suatu contoh kepada 'bukan-contoh' juga diperlukan untuk menguatkan sesuatu konsep misalnya 'bangku' adalah suatu bukan-contoh kepada konsep 'kerusi'. Kajian ke atas bangku akan mengukuhkan konsep kerusi. Benda yang sebenar lebih membawa erti berbanding gambar, video, ilustrasi, 3d atau 2d diagram atau 'bayangan minda guru' kepada pelajarnya.
Konsep-konsep asas ini bersama-sama dengan perkataan-perkataan umum (sebenarnya suatu konsep juga) akan digabungkan untuk membina pernyataan-pernyataan yang membentuk suatu fakta, menerangkan konsep baru, membentuk prinsip, hukum, rule, teorem dan yang setara dengannya, teori dan lain-lain lagi. Saya yakin jika setiap perkataan/ istilah difahami secara konkrit masalah tidak faham apa yang dibaca dapat diatasi. Kerja guru boleh terus kepada aplikasi kognitif atau aplikasi kognitif aras tinggi seperti analisis, evaluasi atau sintisis. Kita mungkin menerajui dunia.
Pandangan anda?
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..sy stju..sy ingn menyatakn sdikit perkara..keghairahn dlm menuntut ilmu..bila sy ckp kat kwn saya,kita msti ad keghairhn dlm mnuntut ilmu,mcm2 org komen.tp,sy xkisah..sy tgk,budak2 matrikulasi mmg kurang ghairah dlm mncari ilmu..ilmu yg dapat dlam kelas smemgny tidak dapat mmberikan ghairahn dalam mncari ilmu..sebab itulah,kwn2 saya sering tidur dalm kuliah..dan,sbb itulah rmai pelajr2 IPTA sering ponteng kuliah..kdg2,sy terfikir,mcm mna hndak kgsi dgn kawan2 saya bhwsany,penting mncari ilmu.pelajar2 kekurangn guru yg mampu mnarik minat pelajar untuk belajar..
ReplyDelete