Saturday, February 13, 2010

Pendidikan Sains Yang Asal

Stimulus: Pelajar Hari Ini Tidak Lagi Bertanya

Pendapat Saya: Kerana Education for the examination. Guru-guru tidak lagi menggunakan pedagogi yang sepatutnya untuk mengajar sains. Sewaktu saya mula jadi guru dulu (27 thn yang lalu) saya baca segala macam jampi/ serapah/ doa supaya pelajar tidak bertanya atau kalau ditanya saya ada jawapannya. Apa yang berlaku adalah pilihan kedua. Ada saja soalan dan saya pula ada jawapannya. Terima kasih kepada guru-guruku sebahagiannya sukarelawan Peace Corp kerana mengajarku dengan betul. Hari ini pelajar tidak lagi bertanya malah kalau cikgu tanya pun mereka sukar untuk menjawab. Mentaliti yang ada adalah untuk menyalin jawapan yang diharapkan sama dengan skema jawapan kepada soalan peperiksaan nanti. Pelajar-pelajar ini tidak kenal prinsip yang tersembunyi yang merupakan ilmu terpenting dalam pelajaran sains.
Dulu saya melihat guru-guru saya mengajar dengan memberikan suatu stimulus dan pelajar mengcunkil segala macam ilmu samada fakta, konsep, prinsip atau yang setara dengannya atau gabungan-gabungannya yang membina teori atau menjelaskan suatu fenomena atau proses atau suatu fakta kepada convention, urutan, kategori dan lain-lain lagi. Kemudian kita diminta untuk menyelesaikan suatu masalah menggunakan dapatan itu. Hari ini semua itu dibekalkan kepada pelajar demi untuk memendekkan masa belajar agar latih tubi peperiksaan dapat diadakan sebanyak mungkin. Akhirnya pelajar mampu mendapat A yang banyak kerana semua soalan yang keluar exam adalah soalan latihan yang mereka telah hafal jawapannya. Berkualitikan pelajar ini?

Soalan penilaian untuk umum

Senaraikan prinsip-prinsip (tulis pernyataannya jika prinsip itu tidak bernama) yang digunakan untuk menerangkan Global Warming.

Silakan........

No comments:

Post a Comment