Thursday, May 19, 2011

Tiga tahun yang berlalu

Saya menulis post ini sebagai stimulus untuk saya mendapatkan maklumat dari pelajar atau bekas pelajar saya yang hampir kesemuanya mengenali saya ketika belajar Chemistry bermula dari tingkatan empat selama dua tahun. Pelajar saya terdiri dari dua kumpulan pelajar iaitu pelajar lanjutan MRSM dari menengah rendah yang tidak memilih atau terpilih ke program khas dan pelajar dari sekolah kementerian pendidikan yang menyambung pendidikan di MRSM. Setelah sekian lama memerhati, akhirnya saya berani membuat inferens ini " pelajar kemasukan Kementerian Pelajaran lebih baik penglibatannya maupun pencapaiannya pada peringkat SPM berbanding pelajar kemasukan MRSM"

Apa puncanya? Ini yang saya cuba cari. Pendapat saya mungkin tidak benar kerana saya tidak mengajar pelajar di menengah rendah tetapi saya melihat aktiviti spoon feeding yang berleluasa telah melemahkan mereka. Inkuiri mereka sangat terbatas berbanding dengan pelajar kementerian yang terpaksa berkerja keras untuk timbul dikalangan mereka yang ramai itu. Tiga tahun yang berlalu itu membina kekuatan yang berbeza di antara pelajar MRSM dan Kementerian. Inquiry learning hampir tidak berlaku walau dalam subject sains.

Kerana itu saya sangat berharap inquiry learning perlu menjadi amalan bukan sekadar catatan dalam HSP sahaja. Pentadbir menyokong usaha-usaha ini. Senjata untuk inkuiri yang diberi melalu KAB dan KKB mesti digunakan dan guru merangka pengajaran supaya inquiry process itu berlaku terutama pada peringkat menengah rendah atau rendah lagi

Berilah pendapat anda terutamanya kepada pelajar yang pernah mengikuti pendidikan di MRSM pada tahun-tahun 90 an terkebelakang. Pandangan anda akan saya jadikan data untuk di analisis.

2 comments:

  1. As salam
    Betul tu cekgu betul..Saya setuju...Tidak ada semangat nak tahu melalui pencarian sendiri

    ReplyDelete
  2. assalam. sy rasa hal ni berbalik kepada keghairahan yg hilang tersebut. inquiry learning ini terpulang kepada diri pelajar masing masing. apa apa pun, minat yang memainkan peranan penting.

    ReplyDelete