Showing posts with label Respon. Show all posts
Showing posts with label Respon. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Nokia 3310 dan kemudian Nokia X5

Post ini sebagai respon saya kepada inspektor dan amirul kepada post 'keghairahan yang hilang' Dulu saya memiliki HP Nokia 3310 kiranya canggihlah masa itu. Saya mudah lupa mungkin kerana temporary memory saya terpaksa berkongsi dengan RAM yang kecil, processor pun tak besar mana, oleh kerana itu saya selalu kehilangan HP itu. Macam mana nak cari, mula-mula agak-agaklah mana tempat ia mungkin hilang (tidak berada bersama tanpa sedar), lepas itu pergi situ selongkarlah mana-mana tempat yang munasabah spt celah sofa atau celah kusyen kereta atau atas meja dibawah timbunan kertas, kalau tak jumpa pinjam HP member buat call. Nasib baik ada bunyi jumpalah. Pernah sekali HP itu hilang ketika saya bergerak dari kampung (KB) ke JB. Sampai diJB baru sedar ia hilang. Nak cari kat mana? Tapi tuhan menolong saya pinjam HP kawan saya call no. saya dan ada orang angkat dia beritahu dia bukan saya tetapi hanya menjumpai HP itu di supermarket di Kuantan. Dia tanya macam mana dia nak pulangkan. Saya kata letak dekat pondok jaga MRSM Kuantan on the way back saya akan ambil. Sampai sekarang pun saya tak kenal hamba allah yang berhati mulia itu. Keghairahan berada bersama curiosity yang dianugerah tuhan, bilakah, dimanakah dia hilang? Sukar untuk kita trace it back. Bila kita sedar ia hilang tak payah carilah sukar nak jumpa, kita binalah semula keghairahan itu sendiri bukan berharap pada anugerah tuhan yang diberi bersama dengan kelahiran kita, dengan rasa tanggung-jawab dan jangan biarkan anak-anak kita kehilangan keghairahan itu dan biarkan keghairahan belajar itu berterusan. Kaedahnya tak lain dari meaningful learning yang diabaikan oleh sistem pendidikan kita yang mementingkan A lebih dari segala-galanya. Sebagai ibubapa bawa anak-anak ke Pusat Sains, pameran sains, pameran buku, ekspo, TVIQ misalnya untuk mengekalkan keghairahan itu tanpa menggantung harapan kepada pehak sekolah yang sudah terpesong matlamatnya. Nokia 3310 itu tidak hilang tetapi apabila batterynya kong saya tanya battery barunya lebih mahal dari HP baru Nokia model murah yang baru dan akhirnya saya beli yang baru X5.

Saturday, March 26, 2011

Keghairahan yang hilang

Post ini sebagai respon saya kepada komen yang buat oleh mr teenager pada post sebelum. Syukurlah mr teeager tidak hilang keghairahan untuk belajar. Kenapa keghairahan itu hilang? Dalam post sebelum bertajuk Tuan, Hamba dan Sahabat memperlihatkan pesanan sahabat bagaimana mendidik anak-anak oleh ibu bapa/ guru-guru/ pensyarah/ dll. Anak-anak dilahirkan dengan curiosity untuk mengetahui dan mendalami sesuatu perkara. Perhatikan gelagat mereka ketika kanak-kanak, keghairahan ini mula musnah apabila memasuki sistem persekolahan baik di pra sekolah, sekolah rendah atau menengah. Ia dimusnahkan secara perlahan-lahan oleh konsep pendidikan sempit 'education for the exam'. Mereka yang masih ghairah untuk belajar adalah mereka yang ada sifat untuk berlumba atau menonjol dalam peperiksaan. Keghairahan palsu ini akan terbukti bila mana pelajar tidak lagi belajar apabila ia terjatuh dalam peperiksaan ditempat baru. Ketika di sekolah rendah dia top ten tetapi kegagalan berada di top-ten di sekolah SBP/ MRSM dll. terus mematikan keghairahan ini. Keghairahan sejati bukan dipengaruhi oleh faktor luaran tetapi faktor dalaman walaupun tidak dinafikan faktor dalaman dipengaruhi sedikit sebanyak oleh faktor luaran. Contohnya jika pembelajaran yang terjadi tidak bersifat 'meaningful learning' yang gagal memberi makna dan matlamat pembelajaran dan tidak menimbul/ meransang keghairahan selanjutnya, juga akan memusnahkan keghairahan. Ketika disekolah rendah kita lihat 'taugeh itu menghala ketingkap untuk tumbuh' tidak dighairahkan dengan keperluan untuk melakukan fotosintisis, tidak dighairahkan dengan permasalahan manusia seperti ' kita akan mati kebuluran sekiranya taugeh ini tidak bertindak demikian, begitu qada' dan qadar tuhan'. Jika ini terjadi keghairahan itu akan berpanjangan, tetapi apa yang terjadi adalah ' dalam bab ini soalan peperiksaan yang selalu ditanya ialah.....' Untuk mereka yang sedar walau pada usia buluh ini, belajarlah kerana tanggung jawab, kerana ibadat, kerana perjuangan, kerana.......... dan sememangnya tidak seronok berbanding kerana keghairahan. Komen anda