Thursday, March 24, 2011

Teacher and their student

Oleh kerana blog ini diikuti oleh guru dan pelajar, saya berharap guru dan pelajar yang mengikuti blog ini memiliki struktur pemikiran yang sama dengan saya, terutamanya pada structure of knowledge.

'....these structure are not spontaneous, they derive from the coherent structure of knowledge in the writers themselves, together with a need to communicate it in such a way that it can be followed, understood and lead to a similar stuctrure in the mind of the pupil....'
Petikan dari ruangan forward oleh Eric Lunzer, Project Director For The Schools Council Project Reading for Learning in Secondary School at Nottingham University yang disebarkan melalui buku di bawah.

Bagi mendapatkan keseragaman ini saya sangat berharap pengikut blog ini membaca buku kecil ini 'Reading for Learning in the Sciences', Florence Davies dan Terry Greene, Oliver & Boyd, Printed in Hong Kong by Wilture Printing Co. Ltd.

Strategi ini (membina structure of knowledge yang sama antara guru dan murid) saya gunakan untuk mengajar pelajar saya mengais. Melalui aktiviti prelearning saya biarkan mereka mengais mengikut jenis knowledge dan elemennya (belum boleh ditelan) ketika aktiviti learning yang sebenar saya akan menyemak hasil kaisan secara inductive atau deductive sama ada benar atau sebaliknya (telan yang benar sahaja), masalah utama saya adalah ayam-ayam sekarang ini tidak hendak mengais mereka mengharap disuap dengan makanan yang enak-enak dan mahal. Mereka yang malas mengais menelan sahajalah apa-apa yang dikais oleh rakan-rakan mereka. Oleh itu penguasaan mereka tidak seberapa. Ini terbukti bila learning task yang diberikan tidak dapat diselesaikan dengan baik. Fasa seterusnya adalah melibatkan post learning activity, seperti tugasan, homework yang dibuat juga berteraskan pada structure of knowledge.

Berilah komen

No comments:

Post a Comment