Thursday, March 24, 2011

Teaching and Learning CONCEPT

Ilmu yang paling penting adalah konsep, kerana ia adalah yang paling asas. Konsep itu mungkin suatu benda, proses,perbuatan dan banyak lagi. Untuk memudahkan komunikasi sesama manusia setiap konsep itu diwakili oleh suatu terminologi mengikut bahasa-bahasa penutornya. Particle dalam bahasa inggeris, zarah dalam bahasa melayu, evaporation dalam bahasa inggeris, sejatan dalam bahasa melayu. Dalam kamus istilah bersusun senarai konsep. Bagaimana untuk guru mengajar dan bagaimana untuk pelajar belajar? Bagaimana menguasai konsep? Bagaimana mengelak dari tersalah konsep? dan banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan.

Guru: Sebaik-baik kaedah dalam sains adalah melalui inkuiri-penemuan/ induktif ia itu dengan menggunakan contoh-contoh dan bukan contoh yang sesuai, pelajar diajak mencari characteristic/ properties yang serupa dari contoh-contoh itu (termasuk bukan contoh) kemudian memilih properties yang menjadi defining features kepada konsep-konsep itu. Menggunakan struktur definition (subject + defining features + limitation (if any)) minta pelajar cadangkan. eg electrolyte, contoh dan bukan contohyang boleh ditunjukkan adalah salt solution, molten naphtalene, molten sulphur, salt crytal, sugar cube dan lain-lain. Labelkan electrolyte and non-electrolyte. Kemudian ajak pelajar cari properties melalui laboratory work-electrical conductivity. (of coz it will takes a lot of time- as altenative just show the video). Akhirnya bina definition.

Untuk konsep-konsep yang sukar seperti molecule kita tidak ada pilihan kita terpaksa menggunakan kaedah deduktif sahaja. Memberi definisi dan kemudian contoh dan bukan contoh lalu ditunjukkan defining features nya berserta limitationnya.

Defining features sangat berguna untuk pelajar memahami sesuatu konsep dan menggunakan untuk mengelaskan sesuatu contoh atau menentukan sesuatu yang baru dijumpai boleh menjadi ahli kepada konsep itu.

Pelajar: Selain mengikut arahan guru samada penyampaian guru secara induktif atau deduktif, berikan tumpuan kepada contoh dan bukan contoh yang diberi, padankan dengan struktur definition dan dapatkan maklumatnya, tanya kenapa properties itu yang dipilih sebagai defining features dari banyak properties, Pastikan juga samada ianya conceptual definition atau operational, Jika conceptual tanya bagaimana operationalnya atau sebaliknya. (ini cikgu bagi tips nak suruh cikgu anda berfikir lebih)

"An atom is the smallest particle of an element that can participate in chemical reaction.

Atom - terminology yang mewakili konsep
smallest particles- subject (particle juga suatu konsep)
element- limitation (bertujuan untuk menolak compound)
can participate in chemical reaction(defining features)

Soalan saya, bolehkan atom-atom dari noble gas memenuhi ciri-ciri ini? Beri ulasan anda.

No comments:

Post a Comment