Friday, March 25, 2011

Terima kasih daun keladi

Saya mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan komen-komen kepada post-post di dalam blog ini. Ini memberikan saya kekuatan untuk terus berada di keyboard ini. Saya hanya bekerja mengikut jadual tetapi jadual saya terlalu padat, hanya bila-bila ada kelonggaran barulah saya menulis. Sebab itu ada bulan-bulan tiada sebarang post lansung dan ada bulan yang sangat padat terutama ketika cuti sekolah/MRSM.

Saya banyak didatangi oleh bekas pelajar-pelajar sekolah/MRSM mengadu tentang kesukaran-kesukaran yang berlaku di universiti dan ada yang kecundang di separuh jalan. Saya melihat sendiri keadaan ini berlaku walau kepada pelajar cemerlang yang ditaja keluar negara dan mereka kembali dengan hutang beratus ribu rm. Kesukaran akan bertambah jika universiti menggunakan "problem based learning" ia itu student centered pedagogy. Tidak pula bermakna pelajar-pelajar yang mengikuti sistem lecture atau spoon feeding tidak mengalami masalah. Ada pelajar ketika di sekolah four-flat student tetapi di universiti menjadi fall-flat student. Selain dari sikap (terima kasih mr teenager kerana komen anda memberi input kepada saya), saya melihat terdapat kelemahan yang nyata pada metacognitive skill yang berpunca dari kekurangan pada metacognitive knowledge yang saya cuba bangunkan dalam T&L saya disekolah.

Oleh itu saya sangat memerlukan input-input semasa untuk saya analisis apa yang sedang berlaku di universiti hari ini terutama di luar negara. Saya selalu ke universiti di dalam negara untuk mengkaji masalah ini dan saya sudah ke NZ untuk mengkaji masalah ini atas belanja sendiri. Dengan perantaraan blog ini saya berharap pembaca memberikan saya input-input yang berguna dengan kos yang sangat murah. Pilihlah mana-mana post yang sesuai untuk komen anda.

1 comment:

  1. saya rasa perjuangan cikgu perlu didedahkan kpada pelajar lebih awal..form 4 mungkin agak lewat bagi pelajar-pelajar yang sudah terbiasa dengan cara mereka.

    ReplyDelete